Thursday, October 16, 2008

KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Oct 16, 08 6:25pm
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
   
Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
   
"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
   
"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
   
"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
   
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
   
"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.
   
"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.
   
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
   
"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
   
"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
   
"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."
   
Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.
   
Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
   
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan. 
   
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Wednesday, September 10, 2008

POLITIK ORANG CINA MALAYSIA SELEPAS 50 TAHUN MERDEKA

Saya tidak pernah menulis tajuk yang sebegini besar dan penting . Namun pembacaan yang meluas dan pengalaman yang mencukupi serta penting nya kepada kefahaman sebenar tentang tajuk ini telah menyeru saya untuk membincangkannya dengan secara realist dan intelektual . Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap ’secretive’ dan ’subtle’ nya .Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal , ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang mengggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.
Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia , Thai , Vietnam, Pacific Islands, USA , UK , Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik , ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya , demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke Tanah Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi Tanah Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil . Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup. Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura , Penang , Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari Tanah Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina .

Kepesatan monopoli perniagaaan di tanah melayu telah menyebabkan timbul perasaan ‘ a sense of power ‘ di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh , tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me’ya’kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah konfiden dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina . Semua in telah memberi satu sense of autonomy dan power untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated .
Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan .Dari sinilah bermula politik ‘pressure group ‘ cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menhadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaaan memerintah parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina , buka dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina , penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.
Persoalan nya timbul , mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya , ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah sense of power. Di Indonesia , 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan .Sikap singapura terhadap Malaysia dan indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia , di zaman awal penghijrahan orang Cina , dilayan semacam hamba .Sikap White Power telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula daring dan adventurous. Desakan dari DAP , MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina saperti kapal selam di laut. Kadang kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka .

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga evolve politically dan ekonomically dengan secara agressive . Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan melayu yang ada tetapi orang melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya , kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka ‘wake up call’ untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

* satuperjuangan: sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengrauh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.


http://almuslimin2.blogspot.com

Pesara anggota lain-lain pangkat ATM terima pencen minimum RM720 sebulan

 Bekas anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini boleh tersenyum gembira kerana kerajaan telah bersetuju memberi pencen minimum RM720 sebulan kepada mereka yang telah bersara selepas berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu adalah bagi menghargai jasa pesara ATM dan membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurut kenyataan itu lagi, perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam yang telah diadakan pada 9 September.

Selain itu, ia juga merupakan tambahan kepada kemudahan yang diumumkan dalam Bajet 2009 bahawa pesara kerajaan termasuk bekas pegawai ATM yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dibayar pencen minimum dengan jumlah yang sama mulai 1 Jan tahun hadapan. - Bernama

Monday, September 8, 2008

SEJARAH-GENAP 44 TAHUN YANG LALU

HARI INI DALAM SEJARAH

PERASMIAN BANGUNAN WISMA PAHLAWAN

Tarikh Peristiwa: 08.09.1974


Pada hari ini 8.9.1974, Bangunan Wisma Pahlawan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Bangunan setinggi 14 tingkat yang terletak di sebelah bangunan Dewan Perhimpunan Cina di Jalan Maharajalela merupakan Ibu Pejabat Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Bangunan yang bernilai RM 4 juta ini dibina hasil dari kutipan derma oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri serta orang ramai.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa bangunan ini merupakan lambang penghargaan rakyat terhadap jasa para perajurit yang telah banyak berkorban dan berjuang untuk negara. Baginda juga melihat dengan adanya bangunan ini kelak akan dapat membantu bekas-bekas tentera setelah mereka menamatkan perkhidmatan.

Seri Paduka juga selaku Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah melahirkan rasa bangga dan memberi penghargaan terhadap khidmat dan jasa anggota tentera dalam menjaga keamanan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Jen. Tengku Osman Tengku Muhamad Jewa merupakan Yang di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menyatakan bahawa persatuannya akan melaksanakan lebih banyak lagi projek-projek yang akan memberi faedah kepada anggota tentera khususnya ahli-ahli persatuan.

Menurut beliau persatuannya mempunyai kira-kira 17, 000 orang ahli dan berharap bilangannya akan bertambah lagi pada masa akan datang. Dalam ucapannya itu beliau juga melahirkan rasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang ramai dan orang perseorangan yang telah banyak membantu dalam menjayakan pembinaan Bangunan Wisma Pahlawan ini, terutama sekali kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris yang telah bermurah hati memberikan tapak tanah bangunan tersebut.

Dengan terbinanya bangunan Wisma Pahlawan itu pada hari ini dalam tahun 1974 telah membuktikan kesungguhan Persatuan Bekas Perajurit dalam usaha membela nasib anggota-anggota tentera yang telah bersara.

SEJARAH ADALAH SEJARAH

ISU PERKAUMAN terbaru yang menjadi tumpuan ialah berkaitan dakwaan kononnya Dato Ahmad Ismail Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang membuat kenyataan orang Cina di negara ini menumpang pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu. Ramai pemimpin BN yang mengesa beliau memohon maaf dan menggesa juga tindakan tegas diambil keatasnya.

Akhirnya terjawab apabila beliau tampil bersemangat bersama ketua-ketua UMNO 13 bahagian berdiri teguh dibelakangnya menafikan apa yang didakwa dikatakan dalam ceramah itu bahawa ‘ orang cina adalah penumpang’ tidak benar. Fakta sejarah adalah satu fakta yang tidak boleh diubah dan diputar belitka atau diminta dilupakan dan tidak boleh disebut langsung.


Ketika saya menjadi wartawan Utusan di Pulau Pinang awal tahun 70an saya amat mengenali abang beliau,Allahyarham Datuk Rahim Ismail yang pernah memegang pucuk pimpinan Pemuda UMNO Negeri yang juga seorang Kontraktor Bumiputera yang disegani. Beliau sering naik turun pejabat Utusan di Jalan Argyl menemui saya memberikan kenyataan-kenyataan memperjuangkan hak-hak Melayu yang tidak pada pandangannya patut diberi perhatian.

Apabila melihat stail dan semangatnya Dato Ahmad mempertahankan dakwaan yang tidak betul itu dan segali gus mengingatkan betapa fakta sejarah tidak boleh dinafikan kebenarannya , maka saya terkenang kembali zaman perjuangan abangnya yang tidak getar dan takut untuk menegak kebenaran demi bangsa Melayu dan tanahairnya. Sayangnya beliau kembali ke Rahmatullah dalam usia yang amat muda.

Semasa saya menjadi wartawan awal tahun 70an dulu, saya pernah juga berbicara dengan dengan tokoh korporat yang terkenal dan sebut namanya semua orang mengenalinya. Sejarah hidupnya memang asalnya beliau yang dilahirkan disebuah desa Di China datang ke negara ini bersama ibunya dan adiknya dengan menaiki bot kecil ketika usianya mungkin belasan tahun.

Beliau membuat berbagai kerja di Pulau Pinang itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan adiknya diserahkan kepada sebuah keluarga Melayu yang mempunyai nama.

Dipendekkan cerita, berkat usaha gigihnya yang tidak pernah mengenal erti kepenatan, beliau akhirnya berjaya membina empayar perniagaannya dan mejadi kayaraya dan namanya dikenali dan bermain dibibir penduduk Pulau Pinang. Namun beliau begitu merendah diri dan memberi pekerjaan kepada ramai penduduk tempatan serta melibatkan diri dengan sebuah parti politik dalam BN dan pernah pernah menjadi Bendahari Negeri.

Begitu juga saya berkesempatan menemurah seorang jutawan India yang terkenal dalam bidang perladangan sekitar tahun 70an ketika di Pulau Pinang juga. Beliau berasal dari India dan Malaysialah yang memberi peluang kepadanya membina empayar perniagaan yang cukup besar sehingga diburu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana dikatakan gagal membayar cukai pendapatanya.

Baru-baru ini ketika pulang ke Pulau Pinang sebelum Ramadhan, saya berkesempatan melihat rumah kedua-dua jutawan yang telah mendapat kerakyatan negara ini dan asalnya memanglah “pendatang” kerana begitulah sejarah hidup mereka. Saya masih teringat betapa wartawan dari akhbar-akhbar tempatan pernah berkampung di halaman rumah jutawan perladangan India tadi kerana dkatakan akan ditangkap oleh LHDN.Saya tidak pasti apakah rumah itu masih didiami oleh kaum keluarganya.

Saya melintasi rumah jutawan asalnya dari Cina tadi, saya masih ingat pernah ke rumah yang mengadap lautan luas itu kerana mengikut kepercayaan kaum Cina, menduduki rumah mengadap laut adalah satu kelebihan dari segi Fengsui.

Kali terakhir saya menemui beliau ialah kira-kira 10 tahun lalu ketika pakcik saya meninggal di Jelutong. Beliau datang dan menitiskan air mata kerana mereka berkawan baik sejak seingat saya ketika saya masih di sekolah rendah lagi, tetapi menurut abang saya mereka berkawan lebih awal dari itu, dan selalu minum the pagi bersama di hujung Jalan Transfer.

Dua contoh yang saya berika diatas tadi hanyalah secebis kisah bahawa ramai orang-orang kaya di Malaysia dan ahli-ahli politik serta rakyat biasa negara ini asalnya bukanlah rakyat negara ini. Mereka datang dari segenap pelusuk dunia untuk mencari nafkah dan menumpang sebuah kehidupan dan akhirnya diberi kerakyatan dan menjadi warganegara serta menikmati segala kemudahan di bumi bertuah ini.

Orang-orang tua dan ibu saya pernah berpesan jangan lupa pada asal usul dan sejarah adalah satu sejarah yang tidak boleh dipadamkan dan tidak boleh juga merasa tersinggung jika ada orang cuba mengingati kita bahawa sejarah kita kehidupan kita adalah begini dan begini.

Orang-orang terutama Melayu zaman ini zaman era moden ini telah banyak bertolak ansur kepada kaum-kaum lain yang asalnya bukan rakyat negara ini.Mereka telah menerima semua orang yang asalnya ‘pendatang’ sebagai rakyat tempatan yang mengambil atau berkongsi apa sahaja dari bumi mereka.

Saya kerap ke China dan polisi kerajaannya apa juga pembelian yang besar seperti rumah bukanlah menjadi milik individu tetapi adalah hak keajaan. Begitu juga dengan perniagaan ia adalah juga milik kerajaaan. Orang asing tetap orang asing walaupun sudah lama tinggal di China. Soal memberi kerakyatan bukanlah satu isu yang boleh dituntut atau diminta megitu sahaja.

Bertuahlah mereka yang dagang ke negara ini dan diterima menjadi rakyat negara ini dan mengambil sahaja dari bumi ini tanpa dimarahi atau dilarang. Bagi saya Malaysia adalah sebuah Negara yang begitu terbuka untuk orang luar terutama bila ada projek ‘ Malaysia Rumah Kedua’ dan lain-lain.

Cuma harapan kita janganlah menjadi seperti ‘berikan betis nakkan paha’. Itulah pepatah yang di reka oleh orang-orang tua dahulu sebenarnya membawa pengertian yang cukup mendalam.Ada yang sudah diberi jawatan Menteri dan masih berani secara terang-terang meminta kita memohon maaf tanpa usul periksa bahawa apakah ada kebenaran tentang apa yang didakwa mereka diperkatakan oleh Dato Ahmad.

Syabas Dato Ahmad dan syabas kepada UMNO Perhubungan Negeri dan Ketua-ketua bahagiannya. Jangan biarlah orang memijak kepala kita ,mencabar kita memohon maaf atas perkara yang mereka tidak tahu kebenarannya.

Buku Melayu Pulau Pinang yang telah saya tulis dan terbitnya untuk kali kedua tentang Melayu Pulau Pinang banyak memperkatakan tentang nasib mereka dan antara lain saya menyebut juga bahawa fakta sejarah dari ahli-ahli akademik kita membuktikan bahawa ‘adanya orang Melayu sebelum Francis Light di Pulau Pinang dan Francis Light sendiri menyebut bahawa beliau telah menemui lebih 30 orang penduduk Melayu di kawasan Pantai selepas empat hari mendarat di Pulau Pinang. Tempat mendaratnya ialah Tanjung Penaga (kawasan yang kini terletaknya Fort Cornwallis.)

Penulisan Mahani Musa menyebut meskipun tidak disebut asal keturunan orang-orang yang ditemui ni, namun berdasarkan nama ketua yang ditemuinya, Nakhoda Kecil, kumpulan ini dipercayai berketurunana Melayu dari Sumatera.

Begitulah orang Melayu telah berkemampuan dari zaman dahulu lagi beratus rebut tahun lalu tetapi kini kita seperti telah layu dan dipersendakan, cakap sikit, dikatakan berbau perkauman.

Orang Melayu selama ini telah lama bertolak ansur untuk orang lain, mereka menjadi bangsa yang terrlalu merendah diri dan diperendahkan oleh kaum lain, kaum yang dari segi fakta sejarahnya merupakan kaum yang tidak berasal dari negara ini.


- Dato' Jamelah Bakar ialah bekas wartawan kanan di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.Beliau kini adalah seorang ahli perniagaan.

Thursday, September 4, 2008

PEMIMPIN TERTINGGI PBTM TERLIBAT DALAM POLITIK

PBTM adalah satu pertubuhan NGO yang bergerak di dalam aktiviti sosial dan ekonomi untuk membantu serta mengiratkan semangat espirit de corp antara bekas tentera di seluruh Malaysia.
Mengapa di masa kini ala tuju PBTM yang sebenar telah di lihat tersimpang ke arah yang berlainan?. Sila kita kupaskan persoalan ini dengan pendapat pendapat yang boleh kita mempertahankan VISI sebenar PBTM. (sila email pendapat anda di sayyid@tm.net.my)

Friday, August 29, 2008

REMEMBER THOSE WERE THE DAYS

The Malayan Emergency was the only war the nation won against Communism.

Many people remember Western failures like Korea and Vietnam but few nowadays recall the victory in Malaya.

It was an intense 12-year jungle war fought by the British, British Commonwealth and Malay forces against the army of the Malayan Communist Party led by Communist fanatic Chin Peng.

The result of the war was the establishment of the independent democractic nation of Malaya, later to become the present day Malaysia.

The violent war started in June,1948 when Chinese Communists cold bloodedly murdered three British rubber planters. The Malayan Communist Party (originally were termed as CTs or Chinese Terrorists but were later officially known as Communist Terrorists) then conducted a continuous terror campaign - murdering, butchering, maiming and torturing British and native men, women and children. They sabotaged installations, derailed trains, burnt buses and generated civil unrest. It was a deliberate campaign to strike fear into civilians.

They also began military strikes against British and Malay security forces, mostly in the form of ambushes.

The CT military force of around 10,000 was mainly jungle based and supported by a large spy network of Chinese who lived in towns and cities. It also relied on supplies from the many jungle fringe dwellers.

The CTs were a highly experienced jungle fighting force who had originally supported the British against the Japanese in World War 11.

Their aim was to make Malaya a Chinese Communist State.

Initially the British and Commonwealth forces were caught unprepared. Much of their jungle fighting expertise had been wound down and many of their troops were raw young inexperienced national servicemen.

Eventually the British developed new and successful jungle fighting techniques that routed the Communists.

In addition to military action the British organised a massive resettlement of nearly 500,000 jungle fringe dwellers to new villages in other regions of the country. This cut off supplies and contacts to the CTs and is said to have been a major factor in British success in the war.

The British also gave Malaya independence in August,1957 which stopped any justification of an armed insurrection.

Wednesday, August 27, 2008

TINDAKAN MAHKAMAH

Presiden PBTM telah gagal untuk membatalkan tindakan PBTMWP untuk membawa saman PBTMWP ke mahkamah. Perbicaraan telah ditetapkan pada 9 Disember 2008.

Friday, August 15, 2008

TENTERA DAN POLITIK

Anggota tentera perlu ikuti politik

Anggota tentera diingatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air bagi mengelakkan diri daripada terpedaya dengan pergolakan semasa.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, pengetahuan mengenai isu politik adalah penting bagi menghindari warga tentera daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya.

''Angkatan tentera adalah organisasi yang bersifat berkecuali. Kita berdiri di belakang kerajaan yang memerintah bagi menghormati pilihan rakyat (melalui pilihan raya).

''Walaupun begitu, pengetahuan mengenai isu politik semasa adalah penting agar kita sentiasa bersedia bertindak sekiranya diarahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Perisytiharan Perjawatan Baru Lima Batalion Infantri Standard (BIS) Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Lima batalion itu adalah Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD), 23 RAMD, 24 RAMD, 25 RAMD dan Rejimen Kesembilan Renjer Diraja (9 RRD).

Kelima-lima batalion tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai Batalion Infantri Biasa yang ketinggalan dari segi perbezaan gred gaji dan kemudahan lain berbanding BIS sejak 1998.

Namun, selepas penstrukturan semula, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan sebanyak 552 perjawatan baru bagi lima batalion itu yang turut menyaksikan kenaikan gaji dan pertambahan kemudahan lain.

Dalam pada itu, perbarisan tersebut diketuai Leftenan Kolonel Nazli Alias dan melibatkan 323 anggota lain-lain pangkat serta 21 orang pegawai.

Wednesday, August 13, 2008

DARAH TINGGI - BANTULAH DIRI ANDA

Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan

Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.

Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.

Apa itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :

Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik

Tekanan diastolik

Contohnya:

120 / 80mm Hg

dibaca seperti - 20 per 80

Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:

Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.

Tanda? Tanda? Tanda? Tanda?

Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.

Komplikasi

  • Serangan penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Hilang penglihatan
  • Penyakit buah pinggang

Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?

Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.

  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Kurangkan lemak/kolesterol dalam makanan
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
  • Amalkan tabiat bersenam.
  • Sentiasa tenangkan fikiran.
  • Buangkan tabiat merokok.
  • Buangkan amalan minum arak/alkohol.

HARGAI NYAWA ANDA - DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR ANDA


SEJARAH RUMAH PERSATUAN PBTM WP


PERASMIAN RUMAH PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA -BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh Peristiwa: 13.11.1983


Persatuan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan kesatuan di kalangan ahli-ahli. Selain daripada itu, berorganisasi juga tempat yang sesuai untuk bertukar-tukar pandangan dan idea serta melakukan pembaharuan yang membawa kebaikan kepada ahli-ahli. Ke arah mendapat manfaat seperti di atas, bekas-bekas ahli perajurit Malaysia telah menubuhkan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia bagi menyatukan ahli-ahli. Persatuan ini juga telah menubuhkan Bahagian di seluruah negara.

Bagi Persatuan Bekas Perajurit Wilayah Persekutuan usaha-usaha menubuhkan Persatuan ini bermula tahun 1975 lagi, namun begitu Persatuan Bahagian Wilayah Persekutuan ini mendapat kelulusan daripada persatuan induk pada tahun 1976 bagi penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat awal, persatuan ini beroperasi dengan menumpang pejabat di Wisma Pahlawan. Usaha-usaha dijalankan oleh pihak persatuan untuk mendapatkan bangunan sendiri yang akan memudahkan menjalankan kegiatan. Akhirnya di atas bantuan daripada Y.B. Datuk Haji Abdullah Badawi, Bahagian ini telah dianugerahkana sebuah rumah bertempat di 8520 Rumah Persekutuan di Jalan Bellamy Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Sebagai satu usaha memperkenalkan bangunan baru kepada ahli-ahlinya dan merapatkan perhubungan di antara ahli-ahli, satu majlis perasmian bangunan telah diadakan pada 13 November 1983, dengan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Abdullah b. Haji Ahmad Badawi.

Dengan adanya bangunan baru ini persatuan ini akan menjalankan tugas-tugas dengan lebih licin dan teratur serta dapat menjalankan aktiviti di bangunan ini.


Tuesday, August 12, 2008

MESYUARAT AJK PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK

AJK PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AJK BULAN PADA 12 OGOS 2008 JAM 09.30 MALAM BERTEMPAT BILIK SYARAHAN DERQUERA, WISMA ZELAN, BANDAR SRI PERMAISURI.

AGENDA MESYUARAT:

1. Ucapan Pengerusi YBhg Tuan Hj Abdul Latif bin Saman (Ketua Cwg)
2. Lapuran Kewangan
3. Membentang Minit Mesyuarat Agung Ke-10

3.1 Usul usul
3.2 Perbelanjaan Pentadbiran dan Persiapan
3.3 Lain lain hal

4. Perlantikan Setiausaha-Mej(B) Kamarudin bin Ahmad
5. Permohonan status mendirikan Dewan PBTM CWG BTR sebagai 'One Stop Service Center"
6. Status PBTM Bahagian Wilayah Persekutuan
7. Lain lain Hal.

Catatan:

Ahli ahli PBTM CWG BTR boleh menghubungi Setiausaha Mej(B) Kamarudin bin Ahmad di talian HP 012 3008 007 untuk sebarang pertanyaan.

INDORSEMEN

Jika PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA olehnya (oleh mereka) sendiri, ejen atau pengkhidmatan atau selainnya yang dinamakan disini, abai mematuhi perintah ini kamu Dato Hj Idrus Bin Kasim, DPPJ,KMN,AMP,PPN,JP sebagai Timbalan Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA dan Dato Haji Muhammad Bin Haji Abdul Ghani sebagai Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA yang tersebut boleh dikenakan proses pelaksanaan bagi maksud memaksa kamu mematuhi.



Bertarikh pada 9 haribulan Jun, 2008



LIEW HORNG BIN

xxxxxxxxxxxxxxxx
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur

BERITA PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK

MULAI 12 OGOS 2008 AJK PBTM CWG BTR AKAN MENURUN MUAT BERITA BERITA AKTIVITI PBTM CWG BTR UNTUK MAKLUMAT DAN PERHATIAN SEMUA AHLI. SEGELA CADANGAN DAN TEGURAN BOLEH DI POSKAN BLOG INI. SILA HEBAHKAN KEPADA SEMUA SAUDARA SAUDARA KITA.

PERINTAH MAHKAMAH TINGGI MALAYA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA
(BAHAGAIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)
GUAMAN NO:R2-22-03-08

DIANTARA

1. BRIG JEN (B) DATO MOHD FAHAMI BIN HUSAI-PLAINTIF
2. TUAN HJ BAHSAN BIN YUSOF-PLAINTIF
3. LT KOL (B) HJ ABDUL JALIL ABDULLAH
4. BRIG JEN (B) DATO MUSLIM BIN YUSOF
5. LT KOL (B) HJ JALIL BIN ITHNIN
6. LT KOL (B) ABDULLAH HAMIDI BIN MOHAMMED NOR

DAN

1. DATO' HJ IDRUS BIN KASSIM DPPJ,KMN,AMP,PPN,JP Sebagai TIMBALAN PRESIDEN(BAGI PIHAK PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA)-DEFENDAN
2. DATO HJ MUHAMAD BIN HJ ABDUL GHANI-DEFENDAN

DIHADAPAN YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI
DATO ABDUL KADIR BIN MUSA

PADA 9HB JUN 2008 DALAM KAMAR

PERINTAH
(LAMPIRAN 4)

ATAS PERMOHONAN
Plaintif Plaintif diatas yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini DAN SETELAH MEMBACA Saman Dalam Kamar bertarikh 27 Mac 2008 dan Afidavit Sokongan Brig Jen (B) Dato Muslim Bin Yusof yang diikrar pada 26 Mac 2008 yang kesemuanya difailkan disini DAN SETELAH MENDENGAR En Suresh Ayangar bersamanya Encik D.M.Rao peguam bagi pihak Plaintif Plaintif. ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Defendan Pertama, Dato Haji Idrus Bin Kassim sebaga Timbalan Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA dan Defendan Kedua Dato Haji Muhammad Bin Hj Abdul Ghani sebagai Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA samada secara sendiri dan atau melalui mana mana ahli PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA yang dilantik oleh defendan kedua selepas 11 November 2006 di sekat, dilarang dan dihalang sama sekali dari mengambl tindakan tindakan sehingga Writ Saman didengar dan dilupuskan:

i) Memberi arahan, menggangu, mengendalikan atau mengurus Pentadbiran Bahagian Wilayah Persekutuan atau mengurus segala perniagaan kepunyaan Bahagian Wilayah Persatuan;

ii) Meminda atau mengurus didalam apa apa cara pun mana mana asset alih milik Bahagian Wilayah Persekutuan;

iii) Mengambil alih dan atau mengurus apa jua Akauan Bank kepunyaan Bahagian Wilayah Persekutuan;

iv) Merangka, mengubah, meminda atau memluluskan Perlembagaan Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang melibatkan kepentingan Bahagian Wilayah Persekutuan tanpa memberi notis kepada pihak pihak tertentu yang sedia ada;

v) Merangka dan atau menubuhkan satu Bahagian baru sebagai gantian kepada Bahagian Wilayah Persekutuan yang sedia ada;

DAN AKHIRNYA DIPERINTAHKAN bahawa tiada perintah untuk kos Saman Dalam Kamar ini.


Bertarikh 9 haribulan Jun, 2008.

LIEW HORNG BIN
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur.