Tuesday, August 12, 2008

PERINTAH MAHKAMAH TINGGI MALAYA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA
(BAHAGAIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)
GUAMAN NO:R2-22-03-08

DIANTARA

1. BRIG JEN (B) DATO MOHD FAHAMI BIN HUSAI-PLAINTIF
2. TUAN HJ BAHSAN BIN YUSOF-PLAINTIF
3. LT KOL (B) HJ ABDUL JALIL ABDULLAH
4. BRIG JEN (B) DATO MUSLIM BIN YUSOF
5. LT KOL (B) HJ JALIL BIN ITHNIN
6. LT KOL (B) ABDULLAH HAMIDI BIN MOHAMMED NOR

DAN

1. DATO' HJ IDRUS BIN KASSIM DPPJ,KMN,AMP,PPN,JP Sebagai TIMBALAN PRESIDEN(BAGI PIHAK PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA)-DEFENDAN
2. DATO HJ MUHAMAD BIN HJ ABDUL GHANI-DEFENDAN

DIHADAPAN YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI
DATO ABDUL KADIR BIN MUSA

PADA 9HB JUN 2008 DALAM KAMAR

PERINTAH
(LAMPIRAN 4)

ATAS PERMOHONAN
Plaintif Plaintif diatas yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini DAN SETELAH MEMBACA Saman Dalam Kamar bertarikh 27 Mac 2008 dan Afidavit Sokongan Brig Jen (B) Dato Muslim Bin Yusof yang diikrar pada 26 Mac 2008 yang kesemuanya difailkan disini DAN SETELAH MENDENGAR En Suresh Ayangar bersamanya Encik D.M.Rao peguam bagi pihak Plaintif Plaintif. ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Defendan Pertama, Dato Haji Idrus Bin Kassim sebaga Timbalan Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA dan Defendan Kedua Dato Haji Muhammad Bin Hj Abdul Ghani sebagai Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA samada secara sendiri dan atau melalui mana mana ahli PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA yang dilantik oleh defendan kedua selepas 11 November 2006 di sekat, dilarang dan dihalang sama sekali dari mengambl tindakan tindakan sehingga Writ Saman didengar dan dilupuskan:

i) Memberi arahan, menggangu, mengendalikan atau mengurus Pentadbiran Bahagian Wilayah Persekutuan atau mengurus segala perniagaan kepunyaan Bahagian Wilayah Persatuan;

ii) Meminda atau mengurus didalam apa apa cara pun mana mana asset alih milik Bahagian Wilayah Persekutuan;

iii) Mengambil alih dan atau mengurus apa jua Akauan Bank kepunyaan Bahagian Wilayah Persekutuan;

iv) Merangka, mengubah, meminda atau memluluskan Perlembagaan Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang melibatkan kepentingan Bahagian Wilayah Persekutuan tanpa memberi notis kepada pihak pihak tertentu yang sedia ada;

v) Merangka dan atau menubuhkan satu Bahagian baru sebagai gantian kepada Bahagian Wilayah Persekutuan yang sedia ada;

DAN AKHIRNYA DIPERINTAHKAN bahawa tiada perintah untuk kos Saman Dalam Kamar ini.

Bertarikh 9 haribulan Jun, 2008.

LIEW HORNG BIN
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Tengok nama nama mereka yang ambil tindakan ni dahsyat dahsyat, kalau kita kompol pangkat dia orang ni ya berapa guni kita dapat pip mereka.Tapikan Mat Gani tu bukan bodoh dia cuma sombong bodoh aje, tengoklah Mamat yang keliling dia semuanya orang besor dulu dalam askar. Lagi pun aku dengor Perlembagaan Pbtm tu memang hebat boleh gantung semua orang bah,bahgian ke,cawangan ke,ahli biasa ke jangan main main powerful bang oi......silap silap wilayah persekutuan ni terpelanting baru padan muka.
Walau apa pun aku tetap bersama Mat Gani sebab dia dulu prebet cabuk macam aku juga......sekarang hebat.......tengok muka dia selalu keluar dengan pembesar negara......hebat tu.