Wednesday, August 13, 2008

SEJARAH RUMAH PERSATUAN PBTM WP


PERASMIAN RUMAH PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA -BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh Peristiwa: 13.11.1983


Persatuan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan kesatuan di kalangan ahli-ahli. Selain daripada itu, berorganisasi juga tempat yang sesuai untuk bertukar-tukar pandangan dan idea serta melakukan pembaharuan yang membawa kebaikan kepada ahli-ahli. Ke arah mendapat manfaat seperti di atas, bekas-bekas ahli perajurit Malaysia telah menubuhkan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia bagi menyatukan ahli-ahli. Persatuan ini juga telah menubuhkan Bahagian di seluruah negara.

Bagi Persatuan Bekas Perajurit Wilayah Persekutuan usaha-usaha menubuhkan Persatuan ini bermula tahun 1975 lagi, namun begitu Persatuan Bahagian Wilayah Persekutuan ini mendapat kelulusan daripada persatuan induk pada tahun 1976 bagi penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat awal, persatuan ini beroperasi dengan menumpang pejabat di Wisma Pahlawan. Usaha-usaha dijalankan oleh pihak persatuan untuk mendapatkan bangunan sendiri yang akan memudahkan menjalankan kegiatan. Akhirnya di atas bantuan daripada Y.B. Datuk Haji Abdullah Badawi, Bahagian ini telah dianugerahkana sebuah rumah bertempat di 8520 Rumah Persekutuan di Jalan Bellamy Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Sebagai satu usaha memperkenalkan bangunan baru kepada ahli-ahlinya dan merapatkan perhubungan di antara ahli-ahli, satu majlis perasmian bangunan telah diadakan pada 13 November 1983, dengan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Abdullah b. Haji Ahmad Badawi.

Dengan adanya bangunan baru ini persatuan ini akan menjalankan tugas-tugas dengan lebih licin dan teratur serta dapat menjalankan aktiviti di bangunan ini.


2 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Cerita ni macam "hari ini dalam sejarah" kenapa Mat Gani and Geng terhegeh hegeh nak kan bangunan ni dan kata PBTMWP dah tak ada lagi.Dia tidor ke atau JKKT dia yang tak boleh diharap.......Saya belum jadi ahli PBTM tapi saya dengor kat luar ni kes yang PBTM WP buat tu dah dicantas oleh Mat Ghani betul ke? Dia banyak duit bang oi semua dia boleh beli,hakim,mahkamah,General,Ap,JKKT ,dalam askar cuma 2 ke 3 tahun tapi dia kata dia dah berjuang sampai misai jejak bumi........kah kah kah.Mat Gani o mat Gani sapa la tak kenal engkau,orang RECCE semua tau.Sekarang ni terhegeh hegeh tunjuk muka dengan VIP konon dia rapat la tapi sebenornya dia bayar reporter untuk ambik gambar dia dan siarkan.Yang bahlulnya geng geng kita bekas askar yang cabuk ni masih yakin dengan (Aweng Selempit ni).Tukarlah Presiden awak tu oi..........

Anonymous said...

Rakan rakan sekalian,

Berita terkini yang bertiup kencang,tepat dan sahih. Tindakan Mat Ghani bewaudalha Presiden PBTM untuk membatalkan (struck off) tindakan PBTMWP gagal dimana Hakim mengarahkan perbicaraan diadakan pada 9 Dis 2008.Sekarang mamat ni mengelupor, dia ingat Mahkamah Tinggi Jalan Duta tu bapak dia punya. Dengor ceritanya dia datang sendiri keMahkamah ,kononnya dia nak jumpa Hakim sendiri nak cerita keburukkan PBTMWP, tetapi telah dihalang oleh peguam PBTMWP lagi pun kes pada hari tersebut 19 Ogos 08 cuma didengar dalam chamber. Maka melepaslah dia, kononnya dia nak tunjuk terror dengan lawyer dia datang keMahkamah, dia ni perasan masih senator ada kuasa le kononnya, tak tau dia ni hampeh.

Dia ni perangai memang macam ni, ingat tak masa kes AP dulu dia pergi sendiri jumpa KP Kastam dan kowtow kes,kemudian kes tu berpindah kat anak dia seperti apa yang dilapor oleh akhbar masa tu.

Sekarang ni kes kat Mahkamah, punya be.... le dia ni,dia ingat dia nak kowtow kat Hakim suruh tolak kes PBTMWP....tup...tup..Hakim tak minat pun jumpa dia.Hakim kena adil kepada semua pehak , maka balik lah simamat ni dengan kekecewaan. Dia takut kalah.......keh keh keh keh