Friday, August 15, 2008

TENTERA DAN POLITIK

Anggota tentera perlu ikuti politik

Anggota tentera diingatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air bagi mengelakkan diri daripada terpedaya dengan pergolakan semasa.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, pengetahuan mengenai isu politik adalah penting bagi menghindari warga tentera daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya.

''Angkatan tentera adalah organisasi yang bersifat berkecuali. Kita berdiri di belakang kerajaan yang memerintah bagi menghormati pilihan rakyat (melalui pilihan raya).

''Walaupun begitu, pengetahuan mengenai isu politik semasa adalah penting agar kita sentiasa bersedia bertindak sekiranya diarahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Perisytiharan Perjawatan Baru Lima Batalion Infantri Standard (BIS) Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Lima batalion itu adalah Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD), 23 RAMD, 24 RAMD, 25 RAMD dan Rejimen Kesembilan Renjer Diraja (9 RRD).

Kelima-lima batalion tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai Batalion Infantri Biasa yang ketinggalan dari segi perbezaan gred gaji dan kemudahan lain berbanding BIS sejak 1998.

Namun, selepas penstrukturan semula, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan sebanyak 552 perjawatan baru bagi lima batalion itu yang turut menyaksikan kenaikan gaji dan pertambahan kemudahan lain.

Dalam pada itu, perbarisan tersebut diketuai Leftenan Kolonel Nazli Alias dan melibatkan 323 anggota lain-lain pangkat serta 21 orang pegawai.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan,

Sampai kuching bertanduk la ATM ni takkan berubah dari segi strukturnya oleh kerana ,mengikut telunjuk JPA. JPA tu bukan tau hal berperang , kalau dikatakan askar ni bodoh nanti marah.ATM ni dibawah Majlis Angkatan Tentera tengok Artikel 137 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian ada pulak Akta AT 1972 dan selepas itu Peraturan Peraturan Gaji dan Pencen ATM,kemudian Syarat syarat Perkhidmatan ATM dan berbagai lagi peraturan yang dibuat dibawah Akta AT 1972.

Apabila undang undang dah beri kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera buat lah sendiri apa pulak nak rujuk kepada JPA. JPA cuma pemudah cara itu sahaja sebab mamat mamat kat JPA tu bukanya tahu hal askar . Itulah undang undang dah bagi awak kuasa (ATM) pakailah betul betul ni tidak masih rujuk JPA, jawabnya kena bulilah oleh KSU. You are military men, tell them what you want....bulldoze...that is what I did before...kalau tak caya tanya tu Bengali nama Dato Jasbil Singh bekas TKSU Mindef dan Azizah Abot siapa yang gegarkan Mindef punya civilian pada tahun 90an.I show them two fingers, and told them straight on the face that I wear the Military uniform and of course I know better than them.The Generals knows better when we talk about war,if you dont give the men when we ask for it you have to answer. Kecut bengali tu bila aku gempar dia......