Monday, September 8, 2008

SEJARAH ADALAH SEJARAH

ISU PERKAUMAN terbaru yang menjadi tumpuan ialah berkaitan dakwaan kononnya Dato Ahmad Ismail Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang membuat kenyataan orang Cina di negara ini menumpang pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu. Ramai pemimpin BN yang mengesa beliau memohon maaf dan menggesa juga tindakan tegas diambil keatasnya.

Akhirnya terjawab apabila beliau tampil bersemangat bersama ketua-ketua UMNO 13 bahagian berdiri teguh dibelakangnya menafikan apa yang didakwa dikatakan dalam ceramah itu bahawa ‘ orang cina adalah penumpang’ tidak benar. Fakta sejarah adalah satu fakta yang tidak boleh diubah dan diputar belitka atau diminta dilupakan dan tidak boleh disebut langsung.


Ketika saya menjadi wartawan Utusan di Pulau Pinang awal tahun 70an saya amat mengenali abang beliau,Allahyarham Datuk Rahim Ismail yang pernah memegang pucuk pimpinan Pemuda UMNO Negeri yang juga seorang Kontraktor Bumiputera yang disegani. Beliau sering naik turun pejabat Utusan di Jalan Argyl menemui saya memberikan kenyataan-kenyataan memperjuangkan hak-hak Melayu yang tidak pada pandangannya patut diberi perhatian.

Apabila melihat stail dan semangatnya Dato Ahmad mempertahankan dakwaan yang tidak betul itu dan segali gus mengingatkan betapa fakta sejarah tidak boleh dinafikan kebenarannya , maka saya terkenang kembali zaman perjuangan abangnya yang tidak getar dan takut untuk menegak kebenaran demi bangsa Melayu dan tanahairnya. Sayangnya beliau kembali ke Rahmatullah dalam usia yang amat muda.

Semasa saya menjadi wartawan awal tahun 70an dulu, saya pernah juga berbicara dengan dengan tokoh korporat yang terkenal dan sebut namanya semua orang mengenalinya. Sejarah hidupnya memang asalnya beliau yang dilahirkan disebuah desa Di China datang ke negara ini bersama ibunya dan adiknya dengan menaiki bot kecil ketika usianya mungkin belasan tahun.

Beliau membuat berbagai kerja di Pulau Pinang itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan adiknya diserahkan kepada sebuah keluarga Melayu yang mempunyai nama.

Dipendekkan cerita, berkat usaha gigihnya yang tidak pernah mengenal erti kepenatan, beliau akhirnya berjaya membina empayar perniagaannya dan mejadi kayaraya dan namanya dikenali dan bermain dibibir penduduk Pulau Pinang. Namun beliau begitu merendah diri dan memberi pekerjaan kepada ramai penduduk tempatan serta melibatkan diri dengan sebuah parti politik dalam BN dan pernah pernah menjadi Bendahari Negeri.

Begitu juga saya berkesempatan menemurah seorang jutawan India yang terkenal dalam bidang perladangan sekitar tahun 70an ketika di Pulau Pinang juga. Beliau berasal dari India dan Malaysialah yang memberi peluang kepadanya membina empayar perniagaan yang cukup besar sehingga diburu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana dikatakan gagal membayar cukai pendapatanya.

Baru-baru ini ketika pulang ke Pulau Pinang sebelum Ramadhan, saya berkesempatan melihat rumah kedua-dua jutawan yang telah mendapat kerakyatan negara ini dan asalnya memanglah “pendatang” kerana begitulah sejarah hidup mereka. Saya masih teringat betapa wartawan dari akhbar-akhbar tempatan pernah berkampung di halaman rumah jutawan perladangan India tadi kerana dkatakan akan ditangkap oleh LHDN.Saya tidak pasti apakah rumah itu masih didiami oleh kaum keluarganya.

Saya melintasi rumah jutawan asalnya dari Cina tadi, saya masih ingat pernah ke rumah yang mengadap lautan luas itu kerana mengikut kepercayaan kaum Cina, menduduki rumah mengadap laut adalah satu kelebihan dari segi Fengsui.

Kali terakhir saya menemui beliau ialah kira-kira 10 tahun lalu ketika pakcik saya meninggal di Jelutong. Beliau datang dan menitiskan air mata kerana mereka berkawan baik sejak seingat saya ketika saya masih di sekolah rendah lagi, tetapi menurut abang saya mereka berkawan lebih awal dari itu, dan selalu minum the pagi bersama di hujung Jalan Transfer.

Dua contoh yang saya berika diatas tadi hanyalah secebis kisah bahawa ramai orang-orang kaya di Malaysia dan ahli-ahli politik serta rakyat biasa negara ini asalnya bukanlah rakyat negara ini. Mereka datang dari segenap pelusuk dunia untuk mencari nafkah dan menumpang sebuah kehidupan dan akhirnya diberi kerakyatan dan menjadi warganegara serta menikmati segala kemudahan di bumi bertuah ini.

Orang-orang tua dan ibu saya pernah berpesan jangan lupa pada asal usul dan sejarah adalah satu sejarah yang tidak boleh dipadamkan dan tidak boleh juga merasa tersinggung jika ada orang cuba mengingati kita bahawa sejarah kita kehidupan kita adalah begini dan begini.

Orang-orang terutama Melayu zaman ini zaman era moden ini telah banyak bertolak ansur kepada kaum-kaum lain yang asalnya bukan rakyat negara ini.Mereka telah menerima semua orang yang asalnya ‘pendatang’ sebagai rakyat tempatan yang mengambil atau berkongsi apa sahaja dari bumi mereka.

Saya kerap ke China dan polisi kerajaannya apa juga pembelian yang besar seperti rumah bukanlah menjadi milik individu tetapi adalah hak keajaan. Begitu juga dengan perniagaan ia adalah juga milik kerajaaan. Orang asing tetap orang asing walaupun sudah lama tinggal di China. Soal memberi kerakyatan bukanlah satu isu yang boleh dituntut atau diminta megitu sahaja.

Bertuahlah mereka yang dagang ke negara ini dan diterima menjadi rakyat negara ini dan mengambil sahaja dari bumi ini tanpa dimarahi atau dilarang. Bagi saya Malaysia adalah sebuah Negara yang begitu terbuka untuk orang luar terutama bila ada projek ‘ Malaysia Rumah Kedua’ dan lain-lain.

Cuma harapan kita janganlah menjadi seperti ‘berikan betis nakkan paha’. Itulah pepatah yang di reka oleh orang-orang tua dahulu sebenarnya membawa pengertian yang cukup mendalam.Ada yang sudah diberi jawatan Menteri dan masih berani secara terang-terang meminta kita memohon maaf tanpa usul periksa bahawa apakah ada kebenaran tentang apa yang didakwa mereka diperkatakan oleh Dato Ahmad.

Syabas Dato Ahmad dan syabas kepada UMNO Perhubungan Negeri dan Ketua-ketua bahagiannya. Jangan biarlah orang memijak kepala kita ,mencabar kita memohon maaf atas perkara yang mereka tidak tahu kebenarannya.

Buku Melayu Pulau Pinang yang telah saya tulis dan terbitnya untuk kali kedua tentang Melayu Pulau Pinang banyak memperkatakan tentang nasib mereka dan antara lain saya menyebut juga bahawa fakta sejarah dari ahli-ahli akademik kita membuktikan bahawa ‘adanya orang Melayu sebelum Francis Light di Pulau Pinang dan Francis Light sendiri menyebut bahawa beliau telah menemui lebih 30 orang penduduk Melayu di kawasan Pantai selepas empat hari mendarat di Pulau Pinang. Tempat mendaratnya ialah Tanjung Penaga (kawasan yang kini terletaknya Fort Cornwallis.)

Penulisan Mahani Musa menyebut meskipun tidak disebut asal keturunan orang-orang yang ditemui ni, namun berdasarkan nama ketua yang ditemuinya, Nakhoda Kecil, kumpulan ini dipercayai berketurunana Melayu dari Sumatera.

Begitulah orang Melayu telah berkemampuan dari zaman dahulu lagi beratus rebut tahun lalu tetapi kini kita seperti telah layu dan dipersendakan, cakap sikit, dikatakan berbau perkauman.

Orang Melayu selama ini telah lama bertolak ansur untuk orang lain, mereka menjadi bangsa yang terrlalu merendah diri dan diperendahkan oleh kaum lain, kaum yang dari segi fakta sejarahnya merupakan kaum yang tidak berasal dari negara ini.


- Dato' Jamelah Bakar ialah bekas wartawan kanan di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.Beliau kini adalah seorang ahli perniagaan.

No comments: