Wednesday, September 10, 2008

Pesara anggota lain-lain pangkat ATM terima pencen minimum RM720 sebulan

 Bekas anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini boleh tersenyum gembira kerana kerajaan telah bersetuju memberi pencen minimum RM720 sebulan kepada mereka yang telah bersara selepas berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu adalah bagi menghargai jasa pesara ATM dan membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurut kenyataan itu lagi, perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam yang telah diadakan pada 9 September.

Selain itu, ia juga merupakan tambahan kepada kemudahan yang diumumkan dalam Bajet 2009 bahawa pesara kerajaan termasuk bekas pegawai ATM yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dibayar pencen minimum dengan jumlah yang sama mulai 1 Jan tahun hadapan. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Bekas bekas tentera patut bersyukur kerana telah diberi pencen Rm720 sebulan tetapi adakah jumlah ini memadai menampung keperluan seorang bekas tentera yang telah berkorban jiwa dan raga kerana negara. Kalau boleh tu berilah lebih sikit daripada penjawat awam yang lain oleh kerana kumpulan askar pencen yang ada ni lah yang berperang sebenar benarnya untuk negara. Bagi askar askar yang ada sekarang untung betul nasib badan mereka ,dah le tak payah pegi perang gaji pun besar tak macam kami dulu Rm 60 setiap 2 minggu/ Harap harp kerajaan timbang le semula pencen ni.

Tapi kan siapalah nak bersuara ,nak harap kan PBTM mereka tu tak pandai, dalam askar cuma 3 atau 4 tahun aje apa le tau.

Dr Syed Fairus said...

Selamat menyambut ulangtahun ke-78 Tentera Darat Malaysia. Saya ada menulis artikel khas bersempena dengan sambutan ulangtahun ini. Silalah berkunjung ke blog saya di http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/pakaian-tempur-celoreng-tentera-darat.html

Jasa dan pengorbanan anda amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.