Wednesday, August 27, 2008

TINDAKAN MAHKAMAH

Presiden PBTM telah gagal untuk membatalkan tindakan PBTMWP untuk membawa saman PBTMWP ke mahkamah. Perbicaraan telah ditetapkan pada 9 Disember 2008.

Friday, August 15, 2008

TENTERA DAN POLITIK

Anggota tentera perlu ikuti politik

Anggota tentera diingatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air bagi mengelakkan diri daripada terpedaya dengan pergolakan semasa.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, pengetahuan mengenai isu politik adalah penting bagi menghindari warga tentera daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya.

''Angkatan tentera adalah organisasi yang bersifat berkecuali. Kita berdiri di belakang kerajaan yang memerintah bagi menghormati pilihan rakyat (melalui pilihan raya).

''Walaupun begitu, pengetahuan mengenai isu politik semasa adalah penting agar kita sentiasa bersedia bertindak sekiranya diarahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Perisytiharan Perjawatan Baru Lima Batalion Infantri Standard (BIS) Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Lima batalion itu adalah Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD), 23 RAMD, 24 RAMD, 25 RAMD dan Rejimen Kesembilan Renjer Diraja (9 RRD).

Kelima-lima batalion tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai Batalion Infantri Biasa yang ketinggalan dari segi perbezaan gred gaji dan kemudahan lain berbanding BIS sejak 1998.

Namun, selepas penstrukturan semula, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan sebanyak 552 perjawatan baru bagi lima batalion itu yang turut menyaksikan kenaikan gaji dan pertambahan kemudahan lain.

Dalam pada itu, perbarisan tersebut diketuai Leftenan Kolonel Nazli Alias dan melibatkan 323 anggota lain-lain pangkat serta 21 orang pegawai.

Wednesday, August 13, 2008

DARAH TINGGI - BANTULAH DIRI ANDA

Apa yang anda tidak tahu mungkin membahayakan

Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.

Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.

Apa itu Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :

Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik

Tekanan diastolik

Contohnya:

120 / 80mm Hg

dibaca seperti - 20 per 80

Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:

Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.

Tanda? Tanda? Tanda? Tanda?

Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.

Komplikasi

  • Serangan penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Hilang penglihatan
  • Penyakit buah pinggang

Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?

Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.

  • Kurangkan garam dalam makanan
  • Kurangkan lemak/kolesterol dalam makanan
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
  • Amalkan tabiat bersenam.
  • Sentiasa tenangkan fikiran.
  • Buangkan tabiat merokok.
  • Buangkan amalan minum arak/alkohol.

HARGAI NYAWA ANDA - DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR ANDA


SEJARAH RUMAH PERSATUAN PBTM WP


PERASMIAN RUMAH PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA -BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh Peristiwa: 13.11.1983


Persatuan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan kesatuan di kalangan ahli-ahli. Selain daripada itu, berorganisasi juga tempat yang sesuai untuk bertukar-tukar pandangan dan idea serta melakukan pembaharuan yang membawa kebaikan kepada ahli-ahli. Ke arah mendapat manfaat seperti di atas, bekas-bekas ahli perajurit Malaysia telah menubuhkan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia bagi menyatukan ahli-ahli. Persatuan ini juga telah menubuhkan Bahagian di seluruah negara.

Bagi Persatuan Bekas Perajurit Wilayah Persekutuan usaha-usaha menubuhkan Persatuan ini bermula tahun 1975 lagi, namun begitu Persatuan Bahagian Wilayah Persekutuan ini mendapat kelulusan daripada persatuan induk pada tahun 1976 bagi penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat awal, persatuan ini beroperasi dengan menumpang pejabat di Wisma Pahlawan. Usaha-usaha dijalankan oleh pihak persatuan untuk mendapatkan bangunan sendiri yang akan memudahkan menjalankan kegiatan. Akhirnya di atas bantuan daripada Y.B. Datuk Haji Abdullah Badawi, Bahagian ini telah dianugerahkana sebuah rumah bertempat di 8520 Rumah Persekutuan di Jalan Bellamy Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Sebagai satu usaha memperkenalkan bangunan baru kepada ahli-ahlinya dan merapatkan perhubungan di antara ahli-ahli, satu majlis perasmian bangunan telah diadakan pada 13 November 1983, dengan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Abdullah b. Haji Ahmad Badawi.

Dengan adanya bangunan baru ini persatuan ini akan menjalankan tugas-tugas dengan lebih licin dan teratur serta dapat menjalankan aktiviti di bangunan ini.


Tuesday, August 12, 2008

MESYUARAT AJK PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK

AJK PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AJK BULAN PADA 12 OGOS 2008 JAM 09.30 MALAM BERTEMPAT BILIK SYARAHAN DERQUERA, WISMA ZELAN, BANDAR SRI PERMAISURI.

AGENDA MESYUARAT:

1. Ucapan Pengerusi YBhg Tuan Hj Abdul Latif bin Saman (Ketua Cwg)
2. Lapuran Kewangan
3. Membentang Minit Mesyuarat Agung Ke-10

3.1 Usul usul
3.2 Perbelanjaan Pentadbiran dan Persiapan
3.3 Lain lain hal

4. Perlantikan Setiausaha-Mej(B) Kamarudin bin Ahmad
5. Permohonan status mendirikan Dewan PBTM CWG BTR sebagai 'One Stop Service Center"
6. Status PBTM Bahagian Wilayah Persekutuan
7. Lain lain Hal.

Catatan:

Ahli ahli PBTM CWG BTR boleh menghubungi Setiausaha Mej(B) Kamarudin bin Ahmad di talian HP 012 3008 007 untuk sebarang pertanyaan.

INDORSEMEN

Jika PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA olehnya (oleh mereka) sendiri, ejen atau pengkhidmatan atau selainnya yang dinamakan disini, abai mematuhi perintah ini kamu Dato Hj Idrus Bin Kasim, DPPJ,KMN,AMP,PPN,JP sebagai Timbalan Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA dan Dato Haji Muhammad Bin Haji Abdul Ghani sebagai Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA yang tersebut boleh dikenakan proses pelaksanaan bagi maksud memaksa kamu mematuhi.



Bertarikh pada 9 haribulan Jun, 2008



LIEW HORNG BIN

xxxxxxxxxxxxxxxx
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur

BERITA PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK

MULAI 12 OGOS 2008 AJK PBTM CWG BTR AKAN MENURUN MUAT BERITA BERITA AKTIVITI PBTM CWG BTR UNTUK MAKLUMAT DAN PERHATIAN SEMUA AHLI. SEGELA CADANGAN DAN TEGURAN BOLEH DI POSKAN BLOG INI. SILA HEBAHKAN KEPADA SEMUA SAUDARA SAUDARA KITA.