Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Simbol bunga raya akan digunakan dalam sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, pemilihan bunga tersebut sebagai lambang dalam kempen Hari Pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati.
“Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara,’’ kata Jeanne ketika berucap pada majlis pelancaran Simbolik Bunga Raya Sempena Kempen Hari Pahlawan di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Jeanne yang juga Penaung Kempen Hari Pahlawan memberitahu, satu ketika dahulu sewaktu pemerintahan kolonial, rakyat diperkenalkan dengan bunga popi sebagai simbol Hari Pahlawan tetapi ia kini tidak sesuai lagi digunakan.
Walaupun bunga bertukar daripada popi kepada bunga raya, beliau mengajak rakyat supaya “sama-sama hidupkan kembali tradisi itu agar ia menjadi satu kemegahan pada setiap kali diadakan Kempen Hari Pahlawan.’’
Dalam ucapannya, beliau turut menegur segelintir rakyat negara ini yang tidak memahami maksud serta tujuan sebenar diadakan sambutan memperingati Hari Pahlawan.
“Kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak begitu mengerti maksud dan tujuan sambutan Hari Pahlawan... ada yang beranggapan ia hanyalah istiadat rasmi yang diraikan setiap tahun di Tugu Negara di samping meminta sumbangan untuk bekas tentera,” ujarnya.
Menurut beliau, jika semangat jati diri, patriotisme dan cintakan negara dapat dipupuk di kalangan masyarakat, ia dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara lebih terjamin.
Beliau mahu rakyat mempertingkatkan daya ketahanan diri dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang
1 comment:
tuan,
ini satu berita baik dan mengejutkan..........aik takan le DMG tak boleh kowtow dengan hakim macam kes kastam dulu.Pandai pandai tupai melompat akhirnya kedebam jatuh dalam longkang juga....kah kah kah betul tak.....
Post a Comment