Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Simbol bunga raya akan digunakan dalam sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, pemilihan bunga tersebut sebagai lambang dalam kempen Hari Pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati.
“Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara,’’ kata Jeanne ketika berucap pada majlis pelancaran Simbolik Bunga Raya Sempena Kempen Hari Pahlawan di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Jeanne yang juga Penaung Kempen Hari Pahlawan memberitahu, satu ketika dahulu sewaktu pemerintahan kolonial, rakyat diperkenalkan dengan bunga popi sebagai simbol Hari Pahlawan tetapi ia kini tidak sesuai lagi digunakan.
Walaupun bunga bertukar daripada popi kepada bunga raya, beliau mengajak rakyat supaya “sama-sama hidupkan kembali tradisi itu agar ia menjadi satu kemegahan pada setiap kali diadakan Kempen Hari Pahlawan.’’
Dalam ucapannya, beliau turut menegur segelintir rakyat negara ini yang tidak memahami maksud serta tujuan sebenar diadakan sambutan memperingati Hari Pahlawan.
“Kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak begitu mengerti maksud dan tujuan sambutan Hari Pahlawan... ada yang beranggapan ia hanyalah istiadat rasmi yang diraikan setiap tahun di Tugu Negara di samping meminta sumbangan untuk bekas tentera,” ujarnya.
Menurut beliau, jika semangat jati diri, patriotisme dan cintakan negara dapat dipupuk di kalangan masyarakat, ia dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara lebih terjamin.
Beliau mahu rakyat mempertingkatkan daya ketahanan diri dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang
2 comments:
Tahniah kepada PBTM Cwg BTR kerana mengadakan blog persatuan. Saya rasa dengan adakan blog ini AJK dapat memaklumkan berita terkini mengenai hal ehwal PBTM dan hal hal kebajikan yang lain.Menyambut seruan kerajaan supaya warga Malaysia tak kira umur musti celik IT. SYABAS TERUS !
Tuan,
Sekalong tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya mengujudkan blog ini bagi kebaikan kesemua bekas bekas tentera di WP khasnya dan diseluroh negara amnya.
Diharapkan blog ini menjadi wadah mendapat maalumat yang tepat dan terkini mengenai PBTM yang di perhatikan seperti hidup segan mati tak mau sekarang ini.Semua bekas bekas tentera sepatutnya tahu apa yang sebenarnya telah terjadi kepada salah satu Persatuan tertua dinegara kita ,dan mempunyai keahlian yang ramai.
Saya rasa PBTM telah tersalah pileh pucuk pimpinan yang tidak berwibawa atau terlalu lama menduduki takhta. Mereka seolah olah tidak tahu hala tuju atau tiada padoman atau mungkin juga tiada pengalaman memerentah satu pasukan yang besar. Kalau setakat 2 atau 3 tahun jadi tentera kemudian nak jadi Presiden Pbtm inilah padahnya. Kan lebih baik bagi orang lain sahaja menerajuinya . Nak jadi ahli politik sudah dua kali kalah bertanding ............tak reti reti lagi....ni bodoh sombong namanya.
Ikan buruk dikepala , saya rasa itulah sedang berlaku kepada PBTM.Sekiranya ahli ahli Pbtm tidak mahu membuat perubahan maka sampai kiamatlah persatuan ini akan mengekalkan statusnya sebagai satuy persatuan yang tidak tahu arah tujunya, nak katkan parti politik pun bukan dan nak kata kan persatuan pun bukan........maka Pbtm jadi apa?.......hantu raya kot...kah kah kah kah
Post a Comment