Thursday, October 16, 2008
KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.
"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.
"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."
Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.
Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Wednesday, September 10, 2008
POLITIK ORANG CINA MALAYSIA SELEPAS 50 TAHUN MERDEKA
Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.
Masyarakat Cina wujud di Indonesia , Thai , Vietnam, Pacific Islands, USA , UK , Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik , ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya , demographic dan pertuturan.
Kepesatan monopoli perniagaaan di tanah melayu telah menyebabkan timbul perasaan ‘ a sense of power ‘ di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh , tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me’ya’kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.
Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan .Dari sinilah bermula politik ‘pressure group ‘ cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menhadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaaan memerintah parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina , buka dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina , penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.
Persoalan nya timbul , mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya , ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah sense of power. Di Indonesia , 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan .Sikap singapura terhadap Malaysia dan indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia , di zaman awal penghijrahan orang Cina , dilayan semacam hamba .Sikap White Power telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.
Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula daring dan adventurous. Desakan dari DAP , MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina saperti kapal selam di laut. Kadang kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka .
* satuperjuangan: sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengrauh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.
http://almuslimin2.blogspot.com
Pesara anggota lain-lain pangkat ATM terima pencen minimum RM720 sebulan
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu adalah bagi menghargai jasa pesara ATM dan membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut kenyataan itu lagi, perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam yang telah diadakan pada 9 September.
Selain itu, ia juga merupakan tambahan kepada kemudahan yang diumumkan dalam Bajet 2009 bahawa pesara kerajaan termasuk bekas pegawai ATM yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dibayar pencen minimum dengan jumlah yang sama mulai 1 Jan tahun hadapan. - Bernama
Monday, September 8, 2008
SEJARAH-GENAP 44 TAHUN YANG LALU
HARI INI DALAM SEJARAH
PERASMIAN BANGUNAN WISMA PAHLAWAN
Tarikh Peristiwa: 08.09.1974
Pada hari ini 8.9.1974, Bangunan Wisma Pahlawan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
Bangunan setinggi 14 tingkat yang terletak di sebelah bangunan Dewan Perhimpunan Cina di Jalan Maharajalela merupakan Ibu Pejabat Persatuan Bekas Perajurit
Dalam ucapan perasmian tersebut, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa bangunan ini merupakan lambang penghargaan rakyat terhadap jasa para perajurit yang telah banyak berkorban dan berjuang untuk negara. Baginda juga melihat dengan adanya bangunan ini kelak akan dapat membantu bekas-bekas tentera setelah mereka menamatkan perkhidmatan.
Seri Paduka juga selaku Panglima Angkatan Tentera
Jen. Tengku Osman Tengku Muhamad Jewa merupakan Yang di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit
Menurut beliau persatuannya mempunyai kira-kira 17, 000 orang ahli dan berharap bilangannya akan bertambah lagi pada masa akan datang. Dalam ucapannya itu beliau juga melahirkan rasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang ramai dan orang perseorangan yang telah banyak membantu dalam menjayakan pembinaan Bangunan Wisma Pahlawan ini, terutama sekali kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris yang telah bermurah hati memberikan tapak tanah bangunan tersebut.
Dengan terbinanya bangunan Wisma Pahlawan itu pada hari ini dalam tahun 1974 telah membuktikan kesungguhan Persatuan Bekas Perajurit dalam usaha membela nasib anggota-anggota tentera yang telah bersara.
SEJARAH ADALAH SEJARAH
ISU PERKAUMAN terbaru yang menjadi tumpuan ialah berkaitan dakwaan kononnya Dato Ahmad Ismail Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang membuat kenyataan orang Cina di negara ini menumpang pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu. Ramai pemimpin BN yang mengesa beliau memohon maaf dan menggesa juga tindakan tegas diambil keatasnya.
Beliau membuat berbagai kerja di Pulau Pinang itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan adiknya diserahkan kepada sebuah keluarga Melayu yang mempunyai nama.
Kali terakhir saya menemui beliau ialah kira-kira 10 tahun lalu ketika pakcik saya meninggal di Jelutong. Beliau datang dan menitiskan air mata kerana mereka berkawan baik sejak seingat saya ketika saya masih di sekolah rendah lagi, tetapi menurut abang saya mereka berkawan lebih awal dari itu, dan selalu minum the pagi bersama di hujung Jalan Transfer.
Orang Melayu selama ini telah lama bertolak ansur untuk orang lain, mereka menjadi bangsa yang terrlalu merendah diri dan diperendahkan oleh kaum lain, kaum yang dari segi fakta sejarahnya merupakan kaum yang tidak berasal dari negara ini.
Thursday, September 4, 2008
PEMIMPIN TERTINGGI PBTM TERLIBAT DALAM POLITIK
Mengapa di masa kini ala tuju PBTM yang sebenar telah di lihat tersimpang ke arah yang berlainan?. Sila kita kupaskan persoalan ini dengan pendapat pendapat yang boleh kita mempertahankan VISI sebenar PBTM. (sila email pendapat anda di sayyid@tm.net.my)
Friday, August 29, 2008
REMEMBER THOSE WERE THE DAYS
Many people remember Western failures like Korea and Vietnam but few nowadays recall the victory in Malaya.
It was an intense 12-year jungle war fought by the British, British Commonwealth and Malay forces against the army of the Malayan Communist Party led by Communist fanatic Chin Peng.
The result of the war was the establishment of the independent democractic nation of Malaya, later to become the present day Malaysia.
The violent war started in June,1948 when Chinese Communists cold bloodedly murdered three British rubber planters. The Malayan Communist Party (originally were termed as CTs or Chinese Terrorists but were later officially known as Communist Terrorists) then conducted a continuous terror campaign - murdering, butchering, maiming and torturing British and native men, women and children. They sabotaged installations, derailed trains, burnt buses and generated civil unrest. It was a deliberate campaign to strike fear into civilians.
They also began military strikes against British and Malay security forces, mostly in the form of ambushes.
The CT military force of around 10,000 was mainly jungle based and supported by a large spy network of Chinese who lived in towns and cities. It also relied on supplies from the many jungle fringe dwellers.
The CTs were a highly experienced jungle fighting force who had originally supported the British against the Japanese in World War 11.
Their aim was to make Malaya a Chinese Communist State.
Initially the British and Commonwealth forces were caught unprepared. Much of their jungle fighting expertise had been wound down and many of their troops were raw young inexperienced national servicemen.
Eventually the British developed new and successful jungle fighting techniques that routed the Communists.
In addition to military action the British organised a massive resettlement of nearly 500,000 jungle fringe dwellers to new villages in other regions of the country. This cut off supplies and contacts to the CTs and is said to have been a major factor in British success in the war.
The British also gave Malaya independence in August,1957 which stopped any justification of an armed insurrection.
Wednesday, August 27, 2008
TINDAKAN MAHKAMAH
Friday, August 15, 2008
TENTERA DAN POLITIK
Anggota tentera perlu ikuti politik
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, pengetahuan mengenai isu politik adalah penting bagi menghindari warga tentera daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya.
''Angkatan tentera adalah organisasi yang bersifat berkecuali. Kita berdiri di belakang kerajaan yang memerintah bagi menghormati pilihan rakyat (melalui pilihan raya).
''Walaupun begitu, pengetahuan mengenai isu politik semasa adalah penting agar kita sentiasa bersedia bertindak sekiranya diarahkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Perisytiharan Perjawatan Baru Lima Batalion Infantri Standard (BIS) Tentera Darat di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.
Kelima-lima batalion tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai Batalion Infantri Biasa yang ketinggalan dari segi perbezaan gred gaji dan kemudahan lain berbanding BIS sejak 1998.
Namun, selepas penstrukturan semula, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan sebanyak 552 perjawatan baru bagi
Dalam pada itu, perbarisan tersebut diketuai Leftenan Kolonel Nazli Alias dan melibatkan 323 anggota lain-lain pangkat serta 21 orang pegawai.
Wednesday, August 13, 2008
DARAH TINGGI - BANTULAH DIRI ANDA
Penyakit Darah Tinggi sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Walaubagaimanapun, masih ramai yang mengidap penyakit ini tidak menyedarinya.
Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau gejala selama beberapa tahun. Anda merasa sihat walaupun tekanan darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Apa itu Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah anda biasa (normal) apabila bacaannya :
Tekanan Darah adalah = tekanan sistolik
Tekanan diastolik
Contohnya:
120 / 80mm Hg
dibaca seperti - 20 per 80
Tekanan darah anda tinggi apabila bacaannya:
Adalah melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.
Tanda? Tanda? Tanda? Tanda?
Darah tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.
Komplikasi
- Serangan penyakit jantung
- Angin ahmar
- Hilang penglihatan
- Penyakit buah pinggang
Darah Tinggi - Apa Patut Saya Lakukan?
Anda perlu kawal tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.
- Kurangkan garam dalam makanan
- Kurangkan lemak/kolesterol dalam makanan
- Kurangkan pengambilan alkohol
- Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan.
- Amalkan tabiat bersenam.
- Sentiasa tenangkan fikiran.
- Buangkan tabiat merokok.
- Buangkan amalan minum arak/alkohol.
HARGAI NYAWA ANDA - DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DOKTOR ANDA
SEJARAH RUMAH PERSATUAN PBTM WP
PERASMIAN RUMAH PERSATUAN BEKAS PERAJURIT
Tarikh Peristiwa: 13.11.1983
Persatuan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan kesatuan di kalangan ahli-ahli. Selain daripada itu, berorganisasi juga tempat yang sesuai untuk bertukar-tukar pandangan dan idea serta melakukan pembaharuan yang membawa kebaikan kepada ahli-ahli. Ke arah mendapat manfaat seperti di atas, bekas-bekas ahli perajurit Bagi Persatuan Bekas Perajurit Wilayah Persekutuan usaha-usaha menubuhkan Persatuan ini bermula tahun 1975 lagi, namun begitu Persatuan Bahagian Wilayah Persekutuan ini mendapat kelulusan daripada persatuan induk pada tahun 1976 bagi penubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan. Pada peringkat awal, persatuan ini beroperasi dengan menumpang pejabat di Wisma Pahlawan. Usaha-usaha dijalankan oleh pihak persatuan untuk mendapatkan bangunan sendiri yang akan memudahkan menjalankan kegiatan. Akhirnya di atas bantuan daripada Y.B. Datuk Haji Abdullah Badawi, Bahagian ini telah dianugerahkana sebuah rumah bertempat di 8520 Rumah Persekutuan di Jalan Bellamy Kuala Lumpur pada tahun 1982. Sebagai satu usaha memperkenalkan bangunan baru kepada ahli-ahlinya dan merapatkan perhubungan di antara ahli-ahli, satu majlis perasmian bangunan telah diadakan pada 13 November 1983, dengan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Abdullah b. Haji Ahmad Badawi. Dengan adanya bangunan baru ini persatuan ini akan menjalankan tugas-tugas dengan lebih licin dan teratur serta dapat menjalankan aktiviti di bangunan ini. |
Tuesday, August 12, 2008
MESYUARAT AJK PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK
AGENDA MESYUARAT:
1. Ucapan Pengerusi YBhg Tuan Hj Abdul Latif bin Saman (Ketua Cwg)
2. Lapuran Kewangan
3. Membentang Minit Mesyuarat Agung Ke-10
3.1 Usul usul
3.2 Perbelanjaan Pentadbiran dan Persiapan
3.3 Lain lain hal
4. Perlantikan Setiausaha-Mej(B) Kamarudin bin Ahmad
5. Permohonan status mendirikan Dewan PBTM CWG BTR sebagai 'One Stop Service Center"
6. Status PBTM Bahagian Wilayah Persekutuan
7. Lain lain Hal.
Catatan:
Ahli ahli PBTM CWG BTR boleh menghubungi Setiausaha Mej(B) Kamarudin bin Ahmad di talian HP 012 3008 007 untuk sebarang pertanyaan.
INDORSEMEN
LIEW HORNG BIN
xxxxxxxxxxxxxxxx
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
BERITA PBTM CWG BANDAR TUN RAZAK
PERINTAH MAHKAMAH TINGGI MALAYA
(BAHAGAIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)
GUAMAN NO:R2-22-03-08
DIANTARA
1. BRIG JEN (B) DATO MOHD FAHAMI BIN HUSAI-PLAINTIF
2. TUAN HJ BAHSAN BIN YUSOF-PLAINTIF
3. LT KOL (B) HJ ABDUL JALIL ABDULLAH
4. BRIG JEN (B) DATO MUSLIM BIN YUSOF
6. LT KOL (B) ABDULLAH HAMIDI BIN MOHAMMED NOR
DAN
1. DATO' HJ IDRUS BIN KASSIM DPPJ,KMN,AMP,PPN,JP Sebagai TIMBALAN PRESIDEN(BAGI PIHAK PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA)-DEFENDAN
2. DATO HJ MUHAMAD BIN HJ ABDUL GHANI-DEFENDAN
DIHADAPAN YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI
DATO ABDUL KADIR BIN MUSA
PADA 9HB JUN 2008 DALAM KAMAR
(LAMPIRAN 4)
ATAS PERMOHONAN Plaintif Plaintif diatas yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini DAN SETELAH MEMBACA Saman Dalam Kamar bertarikh 27 Mac 2008 dan Afidavit Sokongan Brig Jen (B) Dato Muslim Bin Yusof yang diikrar pada 26 Mac 2008 yang kesemuanya difailkan disini DAN SETELAH MENDENGAR En Suresh Ayangar bersamanya Encik D.M.Rao peguam bagi pihak Plaintif Plaintif. ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Defendan Pertama, Dato Haji Idrus Bin Kassim sebaga Timbalan Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA dan Defendan Kedua Dato Haji Muhammad Bin Hj Abdul Ghani sebagai Presiden bagi pihak PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA samada secara sendiri dan atau melalui mana mana ahli PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA yang dilantik oleh defendan kedua selepas 11 November 2006 di sekat, dilarang dan dihalang sama sekali dari mengambl tindakan tindakan sehingga Writ Saman didengar dan dilupuskan:
i) Memberi arahan, menggangu, mengendalikan atau mengurus Pentadbiran Bahagian Wilayah Persekutuan atau mengurus segala perniagaan kepunyaan Bahagian Wilayah Persatuan;
ii) Meminda atau mengurus didalam apa apa cara pun mana mana asset alih milik Bahagian Wilayah Persekutuan;
iii) Mengambil alih dan atau mengurus apa jua Akauan Bank kepunyaan Bahagian Wilayah Persekutuan;
iv) Merangka, mengubah, meminda atau memluluskan Perlembagaan Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang melibatkan kepentingan Bahagian Wilayah Persekutuan tanpa memberi notis kepada pihak pihak tertentu yang sedia ada;
v) Merangka dan atau menubuhkan satu Bahagian baru sebagai gantian kepada Bahagian Wilayah Persekutuan yang sedia ada;
DAN AKHIRNYA DIPERINTAHKAN bahawa tiada perintah untuk kos Saman Dalam Kamar ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur.